Sabtu, 11 April 2015

Bismillah..Ohayo~

Assalamualaikum. Saya Nur Sakinah binti Zaid.
11 April 2015, hari sabtu, pukul 10.30 pagi blog saya siap. 
Kakak saya yang tolong buatkan. Hehe.
Tujuan saya buat blog ini, untuk biasakan diri saya menulis, menulis dan menulis lagi.
Hal ini adalah kerana saya mempunyai cita-cita untuk menyebarkan suasana penulisan di sekitar tempat saya belajar ni. 
Sekitar sahaja, dalam Mafraq, Jordan.

Sebenarnya hasrat ini bukan lah dari hati saya sendiri yang paling dalam.
Minat saya dalam penulisan ini sudah lama terkubur sebenarnya.
Kerana tiada suasana yang bagi support dan sebagainya. 

Tetapi atas permintaan orang-orang yang saya segani dari jauh, maka saya menanam semula benih-benih semangat menulis. 
Terima kasih atas sokongan rakan-rakan dan senior-senior sekalian.
Saya mula merenung semula akan kepentingan menulis.
Menulis dalam bentuk Bahasa Melayu yang original dan klasik.

Ya, saya berhasrat tinggi dan berita-cita memartabatkan Bahasa Melayu original dan klasik!.
Semoga impian ini menjadi kenyataan. Ameen~

Sebelum menutup kata-kata ini, besar harapan saya kepada pembaca-pembaca yang disayangi sekalian untuk tidak segan-silu mengkrtik dan memberi komen yang membina dalam penulisan-penulisan saya yang mendatang insyaallah.

Sekian daripada saya, semoga kita semua sentiasa hidup luar biasa hebat!. Ameen~.
Yorosyiku Onegaishimasss.

X3






Tiada ulasan:

Catat Ulasan