Sabtu, 11 April 2015

Konbanwa

Bismillah.
Malam ini saya nak salin semula satu penulisan yang saya karang masa sekolah menengah dahulu.
Tidak berkarang mana pun sebenarnya. Saya sebenarnya tidak pasti untuk memanggilnya apa. Macam puisi tapi hancur. Sajak lebih tepat rasanya.
Silakan membaca dan menghayati. :)

Bila masanya menjelma
Saat dunia mula berkuasa 
Tika hati ditakluki cinta
Cinta dunia yang penuh noda

Di mana iman yang kita baja
Di mana takwa kepada yang Maha Esa
Pergi sendiri dari diri berjiwa
dan tiada yang mejejakinya

Pandanglah ke hadapan
Tanamkan tekad dan harapan
dan ingatlah, dunia hanya
bayangan syurga

Sucikan kekaratan hati
Agar ikatan tidak dimungkiri
Sebelum hilang mata hati
Sebelum kata memakan diri

Ingatlah, sebelum menutup mata
Bila cahaya malap
Baru kau tersedar
Tika itu, tiada apa-apa
Kosong tanpa makna

Sekian terima kasih, 
Silakan umtuk kritik dan penambah baikan. 

X3  
  

Bismillah..Ohayo~

Assalamualaikum. Saya Nur Sakinah binti Zaid.
11 April 2015, hari sabtu, pukul 10.30 pagi blog saya siap. 
Kakak saya yang tolong buatkan. Hehe.
Tujuan saya buat blog ini, untuk biasakan diri saya menulis, menulis dan menulis lagi.
Hal ini adalah kerana saya mempunyai cita-cita untuk menyebarkan suasana penulisan di sekitar tempat saya belajar ni. 
Sekitar sahaja, dalam Mafraq, Jordan.

Sebenarnya hasrat ini bukan lah dari hati saya sendiri yang paling dalam.
Minat saya dalam penulisan ini sudah lama terkubur sebenarnya.
Kerana tiada suasana yang bagi support dan sebagainya. 

Tetapi atas permintaan orang-orang yang saya segani dari jauh, maka saya menanam semula benih-benih semangat menulis. 
Terima kasih atas sokongan rakan-rakan dan senior-senior sekalian.
Saya mula merenung semula akan kepentingan menulis.
Menulis dalam bentuk Bahasa Melayu yang original dan klasik.

Ya, saya berhasrat tinggi dan berita-cita memartabatkan Bahasa Melayu original dan klasik!.
Semoga impian ini menjadi kenyataan. Ameen~

Sebelum menutup kata-kata ini, besar harapan saya kepada pembaca-pembaca yang disayangi sekalian untuk tidak segan-silu mengkrtik dan memberi komen yang membina dalam penulisan-penulisan saya yang mendatang insyaallah.

Sekian daripada saya, semoga kita semua sentiasa hidup luar biasa hebat!. Ameen~.
Yorosyiku Onegaishimasss.

X3